Google

Selamat Jalan Suharto

Minggu, 27 Januari 2008 | | |

Sedikit Cerika pak Suharto....

1921: Suharto dilahirkan pada 8 Jun di Kemusu Argamulja, Jawa Tengah. Ibu bapanya petani tetapi beliau menerima pendidikan yang baik.

1940-an: Suharto menyertai tentera Belanda sebagai koperal. Antara 1942 dan 1945, menjadi komander platun 'tentera Indonesia' yang dilatih Jepun. Pernah menyertai gerila Indonesia menentang Belanda.

1962: Suharto dinaikkan pangkat menjadi mejar jeneral dan ditugaskan mengetuai Divisyen Diponegoro tentera Indonesia untuk mengambil alih Papua Barat.

1963: Presiden Sukarno memulakan konfrontasi dengan Malaysia. Konflik itu membawa sama penglibatan Amerika Syarikat, Britain dan Soviet Union hingga berakhir pada 1964. Suharto menjadi komander Komando Strategis Cadangan Angkatan Darat (Kostrad), yang kini menjadi pasukan strategik khas keselamatan Indonesia.

1964: Golkar dibentuk tentera Indonesia dan disokong pembiayaan dan organisasinya oleh pemerintah Indonesia.

1965: Suharto mematahkan rancangan rampasan kuasa komunis terhadap pemerintahan Presiden Sukarno. Beliau menguasai tentera.

1966: Presiden Sukarno mengalihkan kuasa pemerintah kepada Suharto pada 11 Mac, yang kemudian bertindak memperkenalkan 'Orde Baru' dalam pemerintahan Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) diharamkan pada keesokan harinya.

1967: Suharto rasmi dijadikan pemangku presiden oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).

1968: MPR melantik rasmi Suharto sebagai Presiden Indonesia bagi tempoh lima tahun, dan beliau kekal presiden hingga 1998, selepas tiada tandingan pada pilihan raya 1973, 1978, 1983, 1988, 1993 dan 1998.

1970: Pada 22 Januari, Presiden Suharto mengharamkan demonstrasi pelajar ekoran beberapa bantahan golongan itu terhadap beliau, yang didakwa rasuah.

1975: Tentera Indonesia menyerang Timor Timur, atau Timor Leste, pada 7 Disember, yang kemudian diambil alih Indonesia sebagai wilayah ke-27nya pada 1976. Ia tidak diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

1997: Krisis ekonomi/kewangan melanda Asia sekitar Julai. Indonesia terjejas teruk. Ia meminta bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), yang menawarkan pakej bantuan bernilai AS$40 bilion ($57.2 bilion) pada akhir Oktober.

1998: Demonstrasi besar tercetus di serata Indonesia pada 11 Mac, ekoran pelantikan semula Suharto sebagai presiden.

Pada 21 Mei, Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatan. 10 hari kemudian, peguam negara Indonesia memerintahkan siasatan ke atas harta keluarga beliau ekoran dakwaan rasuah terhadapnya. Beliau dan keluarganya menafikan dakwaan itu.

1999: Pada Mei, majalah Time melaporkan keluarga Presiden Suharto memiliki harta bernilai AS$15 bilion dalam bentuk wang tunai, saham, aset korporat, hartanah, barang kemas dan lukisan.

2000: Suharto disiasat perihal rasuah. Beliau diletakkan di bawah tahanan dalam rumah pada 29 Mei dan dituduh rasuah secara rasmi di bawah akta antirasuah 1971.

Beliau gagal ke mahkamah bagi hari pertama perbicaraannya pada 31 Ogos. Mahkamah pada 29 September mengisytiharkan beliau tidak layak dibicarakan kerana sakit.

2002: Hutomo 'Tommy' Mandala Putra, anak lelaki Suharto, dihukum penjara 15 tahun pada Julai kerana merancang pembunuhan seorang hakim yang mengadili kes rasuahnya.

2004: Pada 25 Mac, pertubuhan antirasuah antarabangsa, Transparency International (TI), meletakkan Suharto sebagai pemimpin politik paling rasuah sejak dua dekad sebelumnya.Menurut TI, Suharto dikatakan menggelapkan harta antara AS$15 bilion dan AS$35 bilion semasa menjadi presiden Indonesia.

2005: Suharto dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan usus dan masalah bernafas pada 5 Mei. Setahun kemudian, beliau dilaporkan dimasukkan semula ke hospital atas masalah sama.

2007: Pihak pendakwa Indonesia mengambil tindakan saman sivil AS$1.5 bilion terhadap Suharto pada Julai untuk mendapatkan semula dana yayasan pendidikan Supersemar yang digelapkan Suharto.

Dalam perkembangan lain, mahkamah Indonesia pada akhir Ogos memerintahkan Time membayar ganti rugi AS$106 juta kepada Suharto kerana memfitnah beliau dalam laporannya pada Mei 1999. Time merayu keputusan itu.

Usaha sama Bank Dunia dan Pejabat Dadah dan Jenayah PBB (UNODC) pula dalam laporannya menamakan Suharto sebagai penggelap harta paling dahsyat dalam era moden.

2008: Suharto dimasukkan ke hospital sejak 4 Januari lalu kerana organ utama tubuhnya gagal berfungsi. Kesihatannya kini tidak menentu.

2008-01-27 : Tepat pukul
lewat sepuluh siang, akhirnya beliau menghembuskan nafas yang terakhirnya.

Selamat Jalan Pak Suharto...
Jasa2 mu akan kami kenang selalu...

1 comments:

  1. Anonim says:

    Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
    Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Berlangganan Artikel

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 

Glossy Blue by N.Design Studio created blogger by Kakaroto